MuhammaD Syaifulnizam

Thursday, January 12, 2006

Cinta

Cinta? adakah cinta akan memberi kita kesenangan??kebahagian?

Aku pernah mengalami percintaan. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui. Waktu itu wanita yang aku sedang bercinta namanya ialah Eliana. Pada mulanya, kami berdua selalu bersama seperti belangkas.Pada masa itu Eliana telah mencuri hatiku. Aku meletakkan sepenuh harapan kepada Eliana. Aku hanya lihat kebahagiaan sahaja semasa bersama Eliana. Dia bagai kan sang Suria hidup aku ini

Percintaan kami berakhir apabila jejaka lain mencurinya daripada aku. 2 tahun kami lalui percintaan tetepi ia berakhir begitu sahaja. Hatiku ini ibarat kan ditikam oleh sesuatu yang tajam. Memang susuah bagiku untuk melepaskannya tetapi apakandaya diri ini. Hampa dan kecewa. Selepas Eliana,fikiranku tentang cinta berbeza. Cinta adalah seperti racun.

4 tahun telah lepas.Kini Eliana hanya tinggal nama. Dulu bercinta,kini terluka. Tetapi kini aku telah meneruskan hidup bersama teman wanita yang baru. Aku tidak mahu sejarah berulang. Aku hanaya menyerahkan percintaan ini kepada yang maha Kuasa.