MuhammaD Syaifulnizam

Tuesday, February 28, 2006

Mengalakkan kegiatan budaya di kalangan pelajar.

Ada banyak kegiatan budaya melayu.hehe

Setujukah kamu bahawa manusia lebih memberikian tumpuan pada kecantikan rupa daripada kecantikan hati

Pada pendapat saya,saya setuju bahawa manusai lebih memberikan tumpuan pada kecantikan rupa daripada kecantikan hati.

Manusia akan membangga diri atau meniggikan diri mereka jika mempunyai rupa yang cantik. Rupa begitu penting bagi mereka sehingga tidak menghiraukan segala perasaan orang lain. Pemikiran orang begini salah kerana mereka tidak dapat apa-apa jika muka sahaja yang cantik. Jika perangainya seperti orang yang tidak bermoral,seseorang itu akan dibenci oleh masyarakat dan teman walaupun mukanya cantik.

Orang ramai tak menghiraukan rupa yang cantik untuk menjadi teman.Hati yang baik dikenang selamanya. Nama keluarga terletak kepada sifat seseorang. Jika seseorang itu amat biadap, nama keluarganya akan busuk dan dipandang rendah. Budaya kita juga tidak mengajar kita untuk menjadi biadap,malah saling menyayangi dan mengeratkan silaturahim.

Agama kita juga begitu. Mempunyai hati baik akan dapat balasan di dunia mahupun di akhirat. Jika kita penting kan rupa sahaja, apa hasil yang akan kita dapat?Lebih baik jika orang itu mempunyai rupa cantik dan hati baik. Zaman ini, susah untu mencari orang begini. Sedihnya ramai yang melupa diri. Tidak berterima kasih atas apa yang diberi. Tidak meggunakan Kecantikan untuk Kebaikkan.Apa lagi mengunakkan kecantikan untuk membuat dosa.

Thursday, January 12, 2006

Cinta

Cinta? adakah cinta akan memberi kita kesenangan??kebahagian?

Aku pernah mengalami percintaan. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui. Waktu itu wanita yang aku sedang bercinta namanya ialah Eliana. Pada mulanya, kami berdua selalu bersama seperti belangkas.Pada masa itu Eliana telah mencuri hatiku. Aku meletakkan sepenuh harapan kepada Eliana. Aku hanya lihat kebahagiaan sahaja semasa bersama Eliana. Dia bagai kan sang Suria hidup aku ini

Percintaan kami berakhir apabila jejaka lain mencurinya daripada aku. 2 tahun kami lalui percintaan tetepi ia berakhir begitu sahaja. Hatiku ini ibarat kan ditikam oleh sesuatu yang tajam. Memang susuah bagiku untuk melepaskannya tetapi apakandaya diri ini. Hampa dan kecewa. Selepas Eliana,fikiranku tentang cinta berbeza. Cinta adalah seperti racun.

4 tahun telah lepas.Kini Eliana hanya tinggal nama. Dulu bercinta,kini terluka. Tetapi kini aku telah meneruskan hidup bersama teman wanita yang baru. Aku tidak mahu sejarah berulang. Aku hanaya menyerahkan percintaan ini kepada yang maha Kuasa.